Monday, January 31, 2011

RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA



  Bahan-bahannya: 

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk  penawar dan pelembut hati.
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing2, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

     Cara membuat atau mengamalkannya: 

1. Kita adun dgn cermat semua bahan2 di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing2.

    Peringatan: 

 Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin  akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang.  Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat   peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap  kekal.  Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk  perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan  kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar  pun pancaroba yg melanda. 


 * Dipetik dari buku Motivasi Memburu Kejayaan oleh Datuk Maznah Hamid

Nama Baik

Alkisah pada suatu ketika dahulu, Angin, Air dan Nama Baik berjalan bersama-sama.

Angin, datang terburu-buru seperti orang yang sedang marah. Selalu melompat di sini dan menendang debu di sana. Air berjalan dalam bentuk seorang puteri. Ia selalu membawa kendi ditangannya, menitiskan beberapa air di atas tanah sekitarnya. Nama Baik hadir dalam bentuk seorang pemuda yang tampan dengan sikap-sikap yang baik, namun sedikit pemalu.

Mereka saling menyukai, meskipun  sangat berbeza di antara satu sama lain. Ketika mereka harus berpisah, mereka bertanya, "Bila kita dapat bertemu untuk berjalan bersama lagi?"

Angin menjawab, "Engkau boleh menemui aku di puncak gunung-gunung atau melompat-lompat di sekitar kakimu. Meniup debu ke mana kamu pergi."

Air berkata, "Aku juga akan selalu ada disekitarmu. Kamu boleh pergi ke laut atau ke sungai, bahkan ke dapur, untuk menemuiku."

Nama Baik tidak mengatakan apa-apa.

Angin dan Air bertanya,"Nama Baik, bila dan dimana kita akan bertemu lagi?"

Nama Baik menjawab, "Kamu tidak akan bertemu aku lagi di mana pun. Sesiapapun yang telah kehilangan aku sekali , takkan pernah dapat memperolehi aku lagi."

Moral: 
Kita perlu sentiasa menjaga maruah dan nama baik diri kita dan keluarga. Kerana jika sekali kita kehilangannya, amat sukar untuk kita memperolehinya sekali lagi.

Al kisah sebuah Jam




Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?"

"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya  si pembuat jam.

"Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.

"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"

"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.

Moral daripada cerita ini..
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Tempayan Retak


Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua ujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah
majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari porsi yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah porsi air dari yang seharusnya dapat saya bawa karena adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Karena cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak Memperhatikan dan baru menyadari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih karena separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu karena aku selalu menyadari akan cacadmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita
berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, Majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah
sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sarana keindahan Tuhan.

Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, Kita menemukan kekuatan 

Sunday, January 30, 2011

Duit Mudah Duit Free

Emm ada satu benda yang aku nak kongsi ngan semua org tapi aku pun tak tau betul ke tidak...kalau betul ok la, kalau tipu korang tak rugi apa2 pun sbb daftar free..so kat sini aku nak tunjukkan satu benda baru..benda ni masih baru dan masih dlm proses pembaikan so sebagai penghargaan kepada yang mendaftar awal, durang bg duit percuma kat korang...

so buat masa sekarang ni just ikut jer apa yg durang suruh buat n tunggu..klik kat link ni dan daftar

http://www.paybox.me/r/adclara91
Apa yg perlu anda buat, senang jer, daftar jer dah dpt USD25, pastu pastikan anda login sekurang2nyer sekali sehari kerana anda akan dibayar USD 20 sehari, dan jika anda tak login selama 2 hari, akaun anda akan digantung dan jika tak login selama sebulan, akaun anda akan ditutup..

So konsep dia mudah jer, daftar pastu pastikan login setiap hari, setiap jam pun tak per, kerana setiap kali login kita akan dibayar mengikut jumlah tertentu tapi tidak lebih dari USD20 sehari...

Thursday, January 27, 2011

Rahsia Kekayaan Formula 70/30

 saya akan kongsikan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup..adalah satu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda..Apa dia formula 70/30 menjana kekayaan??

teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian: 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan, ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan, dan shopping!! jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400(70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% pertama atau (RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan sama ada menolong orang tua,anak yatim dan menderma ke masjid. ingat rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!
-10% kedua (RM200)  anda gunakan untuk bisnes tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi anda perlukan modal untuk permulaan. pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% ketiga(RM200) anda simpan untuk masa depan anda. ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakan akaun bank anda dalam senyap

jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah
-RM175(selama 20 tahun)
-RM525000(selama 30 tahun)
-RM1.4 juta (selama40 tahun)

teknik 70/30 ini sunggu hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup.Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik di atas untuk masa depan anda. Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.

Wednesday, January 26, 2011

Si Pendayung dan Professor

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua
yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan
yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat
kajian.



Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit
air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia
menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.


Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pegnalamannya
dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai.

Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?
"Tanya Professor itu.


"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak
tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?
" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak
berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?
" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu
menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia
kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.


Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari
usia kamu.
Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan
nada mengejek dan angkuh.
Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.
Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung
sampan itu bertanya,
"Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.


"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai

.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi beleum tentu boleh menjamin
kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya
dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
adakena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah
ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha
sempurna adalah kemenangan sempurna...Mahatma Gandhi..

Tuesday, January 25, 2011

Korang Semua Sama AJE!!!



Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat
terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang
ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat
pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku
ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman
Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan
Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma,
Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki
Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang
padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam
kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang
pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka 
tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak 
mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan 
saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas". 

Gila,Gaduh,Otak..




Gila,Gaduh dan Otak adalah 3 sahabat baik. Ke mana sahaja pasti bertiga. Suatu 
hari mereka bertiga pergi ke Taman Hiburan di bandar.

Ketika sedang berjalan2 di taman tersebut, salah seorang dr mereka telah hilang 
iaitu Gaduh.Otak dan Gila mula cemas memikirkan nasib

sahabat mereka itu. Mereka berdua mengambil keputusan untuk ke balai polis 
berdekatan untuk membuat laporan.

Setibanya di balai polis, Gila menyuruh Otak untuk menunggu di luar sedang dia 
yg masuk ke balai untuk membuat laporan.

Polis : Ye encik,boleh saya bantu..?

Gila : Saya datang nk buat laporan..

Polis : Berkenaan ape tu encik..??

Gila : Saya nak cari Gaduh..

Polis : Encik..Ni balai polis, jangan bergurau..

Gila : Siapa yang bergurau, saya memang nk cari Gaduh..!

Polis tersebut dah mula marah..

Polis : Encik ni gila ke..??

Gila : Macam ne awak tau name saya..??

Polis : Bila masa saya sebut nama encik..??

Gila : Tadi tu, saya memang Gila..

Polis : Encik jangan main-main kat sini.. Ni balai polis..!! Mana otak encik..?/

Gila : Otak?? Ade kat luar...

Polis : @$%#&..!! 

Monday, January 24, 2011




Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management. 



Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya, "Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua?" Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram. 

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulan untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan bertambah". 

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya". "Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi". 

Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat ambilnya kembali. 

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!! 

Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat dilihat atau disentuh, tetapi hanya dapat dirasakan jauh di relung hati anda. 

Have a nice day........

Jangan Takut Membuat Kesilapan!!!




Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan. Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda. Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya, setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat Star Wars. Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.


Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri, matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang orang  mahu dan sebabnya.
"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI
SESUATU YANG MENAKJUBKAN!\


Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan. Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang semua perlawanan. 

Saturday, January 22, 2011

Kenapa AQ antI mOTORsikal!!


hahaha...lwak lah cerita...mmg msuk akal lah juga....sepa yg buat nie...sy suka lah idea awk..nie..hahaha

Friday, January 21, 2011

Kelas Bengkel boring sgt!!








huhuh..penatnya baru pulang dari kelas memandu bahagian bengkel...huhuh...janji jam 8.30 pagi start kelas tp mw jam 9.00 lebih baru durg start..Punya lah boring menunggu...mengantuk lagi..lapar...urmm...tengah2 menungu kelas bermula terjumpalah pula dgn kwan sekolah menengah dulu dah 2 tahun x jumpa...dy pun baru mw daftar ambil lesen, bukan lesen keta tp lesen motor..hehehe Safar jgn jdi mat rempit ya lau dah dpt lesen nanti ok...


hmm bagi saya kelas bengkel mmg boring...dengar ceramah jak..huhuhu... tp yg penting durg kc abz awal.jd pulng pun awal juga,..hehehe skrg kelas  berkaitan dengan ceramah dah abz..hehehehe....
skrg tunggu lesen L jak kuar..baru boleh start latihan..yeah....x sbar nak tunggu...mw bawa keta udah pas nie...hahaha....

Teka teki IBU











Ibuku selalu bertanya padaku apa bagian tubuh yang paling
penting.Bertahun-tahun, aku selalu menebak dengan jawaban yang aku
anggap benar.


Ketika aku muda, aku pikir suara adalah yang paling penting bagi kita
sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawabnya, "Bukan.
Banyak orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku
menanyakanmu lagi nanti."


Beberapa tahun kemudian sebelum dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawaban pertama, kini aku yakin jawaban kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku memberitahukannya, "Bu, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita."


Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawabanmu masih salah karena banyak orang yang buta."


Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawaban baru dan dari
tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawaban
dia selalu, "Bukan. Tapi, kamu makin pandai dari tahun ke tahun,
anakku."


Akhirnya tahun lalu, atok ku meninggal. Semua keluarga sedih. Semua
menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku sangat ingat itu karena itulah
saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika
tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada atuk.
Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bagian tubuh yang
paling penting, sayang?"


Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berpikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.


Ibu melihat kebingungan di wajahku dan memberitahuku, "Pertanyaan ini
penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-
benar"hidup". Untuk semua bagian tubuh yang kamu beritahu padaku
dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahukan kamu
kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar
pelajaran yang sangat penting."






















Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan air mata. Dia berkata, "Sayangku, bagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."


Aku bertanya, "Apakah karena fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu
membalas, "Bukan, tapi karena bahu dapat menahan kepala seorang teman
atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang
dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma
berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu
selalu punya bahu untuk menangis kapan pun kamu membutuhkannya."


Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tapi, simpati terhadap
penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa
yang kamu katakan... Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan...
Tapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka
bererti.

PaNtUN MaLas SeMBahYAnG


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Masuk meeting sampai ke petang
sembang panjang-panjang,
Tak syukur kah diri kita masih allah sayang?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang


So dah sembahyang ke belum ????????????


NiKmaTIlaH keHIduPAn InI DeNgaN peNuH KeSYuKUraN..

Thursday, January 20, 2011

TIPS!!! 10 perkara wanita cari pada lelaki..



1. mampu menjadi ketua keluarga yang adil, tanpa perlu disuruh mahupun di paksa

2. lelaki yg pandai menjaga kebersihan diri, segak, kemas, malah tetap rapi walaupun berjanggut seperti Johnny Deep

3.mempunyai kerja tetap dengan kewangan yg stabil.Apa yg penting dia mampu menyara pasangan dan seluruh keluarga apabila mendirikan rumah tangga nanti

4. lelaki yg penuh dengan sense of humour dan bijak, sentiasa buat kamu ketawa serta tahu bagaimana hendak mangambil hati kamu

5.lelaki yg sihat dan tdk berpenyakit


6.lelaki yg mempunya tarikan seksual yg tinggi


7.lelaki yg sedia menjadi crying of shoulder bagi kaum wanita malah sedia memperuntukan waktu ( walaupun sibuk) hanya utk mendengar masalah pasanganya


8. lelaki yg tidak terlalu kacak, tetapi juga tidak terlalu hodoh. cukuplah jika dy mampu menjdi seorg yg charming!!


9.berfikiran matang, bolh membimbing, berpandangan jauh dan bijak merencana hidup, bukannya sifat keanak-anakan spt golongan remaja belasan tahun


10. lelaki berjiwa besar dan tidk takut dalm memikul tanggung jawab!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...