Monday, January 24, 2011

Jangan Takut Membuat Kesilapan!!!




Mungkin satu kebiasaan bagi kita apabila ingin mengejar sesuatu impian, kita akan mendapat banyak halangan. Orang akan berkata tidak, dan semua perkara tidak menjadi seperti yang dirancangkan. Jangan biarkan ianya mengubah momentum dan semangat anda. Cuba ambil contoh George Lucas. Ramai yang tidak tahu pada mulanya George memujuk Marvel Comics untuk membuat filem tentang Flash Gordon, dan mereka langsung tidak ambil peduli. Dan akhirnya, setelah berkali-kali permintaannya ditolak, beliau membuat Star Wars. Daripada halangan tersebut, beliau mengeluarkan produk yang menghasilkan billion US dollar, daripada filem, video games sehinggalah kepada pakaian. Seluruh dunia tergilakan aksi Star Wars! Inilah hasilnya selepas matlamat utamanya ditolak.


Jangan ambil hati apabila gagal. Anda mempunyai misi anda sendiri, matlamat dan impian yang jelas. Jangan biarkan orang lain yang menolak permintaan anda untuk melemahkan semangat anda. Anda perlu fokus dan teruskan. Anda mempunyai sasaran dan anda mesti capai walaupun halangan menunggu. Ingat, selepas gagal kali pertama anda pelajari daripada kelemahan itu dan perbaiki untuk masa akan datang.

Apabila seseorang berkata tidak kepada anda, tanya kepada diri anda apa yang boleh anda pelajari daripadanya. Apa perubahan yang perlu supaya mereka berkata ya kepada anda. Anda perlu keluar dan dapatkan maklum balas. Dari situ anda tahu mana yang boleh berhasil, apa yang orang  mahu dan sebabnya.
"SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI
SESUATU YANG MENAKJUBKAN!\


Pastinya ada sesuatu yang hebat berlaku dalam hidup kita daripada kesilapan yang kita pernah buat. Tiada yang sempurna dalam hidup ini. Anda perlu membuat kesilapan dan teruskan kehidupan. Tiada seorang pun yang berjaya pada hari ini yang tidak pernah buat kesilapan. Kekalahan adalah salah satu dari strategi kemenangan. Kekalahan adalah sesuatu yang ditakuti oleh orang yang gagal. Untuk menang, anda perlu kalah sekali sekala. Ianya menjadi pengalaman dan memberikan anda satu motivasi. Ia menunjukkan mana yang kurang dan bagaimana untuk anda perbaikinya. Pasukan yang menang sesuatu pertandingan tidak menang semua perlawanan. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...