Thursday, January 27, 2011

Rahsia Kekayaan Formula 70/30

 saya akan kongsikan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup..adalah satu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda..Apa dia formula 70/30 menjana kekayaan??

teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian: 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan, ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan, dan shopping!! jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400(70%) sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% pertama atau (RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan sama ada menolong orang tua,anak yatim dan menderma ke masjid. ingat rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!
-10% kedua (RM200)  anda gunakan untuk bisnes tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi anda perlukan modal untuk permulaan. pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% ketiga(RM200) anda simpan untuk masa depan anda. ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakan akaun bank anda dalam senyap

jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah
-RM175(selama 20 tahun)
-RM525000(selama 30 tahun)
-RM1.4 juta (selama40 tahun)

teknik 70/30 ini sunggu hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup.Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik di atas untuk masa depan anda. Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...