Tuesday, January 25, 2011

Korang Semua Sama AJE!!!



Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat
terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang
ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat
pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku
ni?"

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman
Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan
Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma,
Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki
Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang
padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam
kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang
pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...