Tuesday, January 25, 2011

Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka 
tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak 
mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut : "kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan 
saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya, : "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas". 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...