Tuesday, January 25, 2011

Gila,Gaduh,Otak..




Gila,Gaduh dan Otak adalah 3 sahabat baik. Ke mana sahaja pasti bertiga. Suatu 
hari mereka bertiga pergi ke Taman Hiburan di bandar.

Ketika sedang berjalan2 di taman tersebut, salah seorang dr mereka telah hilang 
iaitu Gaduh.Otak dan Gila mula cemas memikirkan nasib

sahabat mereka itu. Mereka berdua mengambil keputusan untuk ke balai polis 
berdekatan untuk membuat laporan.

Setibanya di balai polis, Gila menyuruh Otak untuk menunggu di luar sedang dia 
yg masuk ke balai untuk membuat laporan.

Polis : Ye encik,boleh saya bantu..?

Gila : Saya datang nk buat laporan..

Polis : Berkenaan ape tu encik..??

Gila : Saya nak cari Gaduh..

Polis : Encik..Ni balai polis, jangan bergurau..

Gila : Siapa yang bergurau, saya memang nk cari Gaduh..!

Polis tersebut dah mula marah..

Polis : Encik ni gila ke..??

Gila : Macam ne awak tau name saya..??

Polis : Bila masa saya sebut nama encik..??

Gila : Tadi tu, saya memang Gila..

Polis : Encik jangan main-main kat sini.. Ni balai polis..!! Mana otak encik..?/

Gila : Otak?? Ade kat luar...

Polis : @$%#&..!! 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...